Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Berbahaya Di Afrika


Namanya berasal dari bahasa Swahili dan ada kalanya ia juga digelar Nunda yang kedua-duanya membawa maksud 'The Strange One'. Dipercayai ia adalah hewan (persilangan ?) dari singa dan harimau bintang .
Namanya mula disebut-sebut dalam sebuah lagu tradisional masyarakat Swahili sejak tahun 1150 lagi.
Lagenda timur Afrika menceritakan bahwa hewan misteri ini mempunyai kekuatan yang jauh lebih kuat dari singa dan pembunuh yang lebih hebat dari harimau bintang.
Pergerakannya yang senyap walaupun ukurannya dikatakan lebih besar dari seekor keldai. Jelasnya, ia tidaklah aneh dari segi rupa karena Mngwa digambarkan rupanya seperti seekor harimau berbulu kelabu dan dihiasi belang hitam.
Hewan ini dikatakan amat gemar memburu manusia dan kemudian menghilangkan diri dengan cepat. Tiada seorang pemburu pun yang berhasil membunuhnya.
Diceritakan, pada badan Mngwa terdapat beberapa luka yang menampakkan kulitnya kerana kehilangan bulu yang menurut cerita masyarakat di sana disebabkan oleh mangsa yang meronta dan mempertahankan diri lalu bertindak mencakar bulunya.
Ia lebih jelas dengan penemuan beberapa mayat yang dijumpai bersama cebisan bulu berwarna kelabu dalam genggaman mereka, diyakini adalah mangsa Mngwa.


Mangsa-mangsa makhluk ini biasanya akan ditemui dengan kesan luka yang dalam pada badan akibat cakaran kukunya yang tajam atau kesan gigitan gigi taringnya.
Jika benar apa yang diceritakan, Mngwa pastinya lebih ganas daripada pemangsa di sana dan pastinya mampu membunuh seseorang dengan hanya sekali cakar atau dengan hanya sekali gigitan.
Makhluk ini dicatat telah dilihat pada sekitar 1900. Pada tahun 1938 makhluk ini sekali lagi dinyatakan dalam jurnal 'Discovery' William Hichens, pegawai British yang bertugas di Tanzania. Dalam jurnalnya tercatat beberapa laporan serangan hewan ini ke atas orang asli di sana.
Pada mulanya Hichens menyangka ia adalah seekor singa besar yang mengganas namun bukti bulu yang ditemui pada mangsa dan kesan jejak yang ditemui amat berbeda dengan singa.
Kemudian makhluk ini sekali lagi diperkatakan pada tahun 1954 dalam buku tulisan Frank W. Lane. Lane mengatakan Patrick Bowen, seorang pemburu yang pernah menjejaki Mngwa dan bersaksi pernah menemui beberapa telapak kaki hewan ini.
Kesan jejaknya digambarkan menyerupai jejak harimau bintang cuma ukurannya lebih besar. Lane menyatakan didalam bukunya bahawa beliau juga tidak menolak pendapat bahwa kejadian serangan ke atas manusia yang dikaitkan dengan serangan beruang Nandi sekitar abad ke 19 sebenarnya adalah Mngwa.
Mngwa dikatakan mungkin sebenarnya berasal dari spesies 'African Golden Cat'. Bedanya, cuma hewan ini berwarna kelabu dan banyak yan mengira Mngwa kemungkinan hanyalah spesies yang abnormal dari segi warna.
Walaupun sehingga kini ia hanyalah sekadar mitos dan masih tiada sebarang bukti kukuh mengenai kewujudannya, tidak menolak kemungkinan bahawa spesis ini benar-benar wujud dan hanya belum ditemui habitatnya memandangkan jelas secara fakta bahwa hutan safari Afrika sangatlah luas.
http://www.sentiasapanas.com/2015/03...di-geruni.html?fbclid=IwAR3cPlU13S0wzxxJSfPBmSYnS9BRsgahAxQ5YNNS4iqr3RM2RUhRfTg2e_k#axzz5kwu9Mjif

Komentar